Meskipun perkembangan teknologi semakin pesat, belajar membaca tetap menjadi kemahiran yang sangat penting.

Dengan peningkatan peranti elektronik, kanak-kanak dan orang dewasa lebih terpengaruh dengan gajet berbanding buku cetak.

Bagaimana cara untuk memotivasikan anak-anak untuk lebih banyak membaca?

Ketahui kepentingan belajar membaca dan kaedah menarik yang diperkenalkan oleh Read Hero untuk menarik minat membaca.

Teruskan membaca artikel ini untuk perkongsian yang bermanfaat.

Kepentingan Belajar Membaca

belajar membaca

Belajar membaca merupakan salah satu kemahiran asas yang wajib dipelajari oleh setiap kanak-kanak.

Ia amat bermanfaat kepada anak-anak dalam membantu perkembangan mental, kemahiran emosi dan sosial mereka.

Berikut adalah kepentingan utama belajar membaca kepada anak-anak.

●   Mengembangkan Kemahiran Komunikasi

belajar membaca

Membaca merupakan kaedah yang terbaik untuk anak-anak mengenali perkataan dalam pelbagai bahasa.

Dengan amalan membaca, anak-anak akan mengenali kosa kata baru dan praktikkan apa yang telah dipelajari.

Seterusnya, mereka akan mulai menguasai tatabahasa dan tahap pemamahan yang lebih mendalam.

Ini membantu meningkatkan kemahiran membaca mereka dan seterusnya mengembangkan kemahiran komunikasi.

Proses pembelajaran ini amat berbaloi kerana membaca adalah asas kepada kemahiran komunikasi yang kukuh.

●   Membina Personaliti yang Baik

Pernah tak anda mendengar ayat “anda adalah apa yang anda baca”?

Dengan kemahiran membaca anak-anak, pendedahan bahan bacaan yang bermanfaat dapat mendidik dan membina personaliti yang baik.

Contohnya melalui buku yang mengandungi cerita-cerita yang mengajar nilai murni seperti empati, toleransi, dan keadilan.

Ini membantu dalam perkembangan kepintaran, emosi dan kecerdasan anak-anak anda.

●   Meningkatkan Daya Imaginasi Anak

belajar membaca

Anak-anak kecil amat suka berimaginasi dan ini sebenarnya membantu mereka untuk menjadi kreatif.

Mereka yang belajar membaca dan mahir dalam bacaan dapat meningkatkan lagi daya imaginasi.

Ini disebabkan oleh kepelbagaian jenis buku yang membuka dunia imaginasi yang luas.

Apabila membaca, otak akan menterjemah perkara yang dibaca kepada imej.

Dengan itu, anak-anak dapat membayangkan dunia yang pelbagai dan membantu menjadi lebih kreatif dalam pemikiran dan masalah penyelesaian.

●   Memudahkan Penyesuaian Diri di Sekolah

Anak-anak yang belajar membaca daripada peringkat awal lebih mudah untuk menyesuaikan diri di sekolah.

Ini kerana, semua perkara di sekolah melibatkan pembacaan dan komunikasi samada dengan guru atau rakan-rakan mereka.

Oleh itu, penting bagi ibu bapa untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan anak-anak kecil.

Perkara ini turut membantu anak-anak terdedah dengan dunia persekolahan yang serba baru dan tidak berasa kekok.

Kaedah Belajar Membaca Yang Mudah

kelas online

Read Hero adalah suatu jenama yang menyediakan kelas belajar membaca di era digital.

Read Hero sangat komited dan telah memulakan usaha menyusun serta merangka program literasi (membaca) yang mampu memberikan impak yang tinggi.

Dengan pendekatan yang inovatif dan interaktif, Read Hero menyediakan teknik dan modul belajar membaca untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun.

Berikut adalah kelebihan utama Read Hero yang menjadikan proses belajar membaca anak-anak menyenangkan.

●   Guru-guru Terlatih & Pakar

Guru-guru yang menjadi tenaga pengajar Read Hero merupakan guru pakar, bertauliah dan terlatih.

Mereka telah diberikan latihan intensif berkala mengenai teknik Read Hero dan cara mengajar bagi memastikan kualiti pembelajaran yang berkesan.

Tenaga pengajar juga sangat berpengalaman, pandai menarik minat kanak-kanak dan mempunyai kesabaran yang tinggi.

Ini untuk memastikan bahawa pelajar tersebut menerima pendidikan yang berkualiti.

●   Teknik yang Unik

Teknik dan sistem perjalanan kelas belajar membaca daripada Read Hero ini berpaksikan Marginal Adjustment Theory.

Pelajar akan diajar secara bergilir dan ada “time interval” diantara setiap pembelajaran yang dijalankan.

Mereka juga menggunakan kaedah mimik muka yang sangat mudah, santai dan bersahaja.

Dengan teknik pembelajaran yang unik, pelajar dapat belajar membaca tanpa perlu menghafal secara berat.

Pengalaman pembelajaran mereka juga akan menjadi lebih menyeronokkan dan bebas stres.

●   One-To-One

One-To-One adalah pembelajaran satu lawan satu yang memberikan fokus penuh kepada pelajar tanpa gangguan pelajar lain di skrin.

Anak-anak pelajar akan diajar secara one-to-one selama 1 jam 30 minit supaya mereka mendapat penekanan khusus dalam mengembangkan kemahiran membaca mereka.

Teknik yang unik ini juga dipanggil “Individual Screen-Time” iaitu ketika giliran anak anda, hanya akan ada anak anda dan guru sahaja di dalam skrin.

Ini bertujuan untuk memastikan pelajar dapat memberi 100% fokus kepada guru yang sedang mengajar.

Secara tidak langsung, kaedah ini sangat membantu untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

●   Apps Khas Untuk Ibu Bapa

Aplikasi khas Read Hero untuk ibu bapa pon ada!

Ini merupakan satu kelebihan yang istimewa kerana prestasi harian pelajar dicatat mengikut individu di aplikasi Read Hero.

Aplikasi yang disediakan ini menjadi rujukan kepada ibu bapa dan membolehkan ibu bapa mengawasi rekod prestasi anak-anak.

Ibu bapa juga boleh mendapat pandangan yang lebih jelas mengenai prestasi pembelajaran anak-anak mereka.

Dengan kelebihan yang Read Hero ada, proses pembelajaran menjadi satu pengalaman pembelajaran yang holistik dan sesuai dengan keperluan pelajar dan ibu bapa di zaman ini.

Read Hero

Sejak 1997, Read Hero telah berjaya membantu hampir 17,000 pelajar berumur 4-12 tahun membaca dengan lancar tanpa mengeja secara pantas dalam masa 3 bulan.

Dengan teknik Read Hero yang diperkemas ini, mampu meningkatkan pemahaman dan penerimaan pelajar.

Modul pengajaran dalam talian yang direka khas untuk memaksimumkan tumpuan dan penerimaan pelajar.

Sistem pembelajaran yang kami amalkan juga serasi dengan pembelajaran norma baharu.

Ibu bapa yang berminat dengan kaedah belajar membaca ini, anda boleh hubungi kami melalui link dibawah.