Pada tahun 2017, satu senarai ” World’s Most Literate Nations” telah dilakukan berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Central Connecticut State University.
Kajian dilakukan untuk mengetahui negara yang mempunyai budaya bacaan & kemahiran bacaan paling tinggi dalam kalangan rakyat di sesbuah negara.
Malaysia jauh ketinggalan, kita hanya berada di tangga 53.
Dari segi peratusan, hampir 24% populasi yang berumur dari 6 hingga 18 tahun di Malaysia menghadapi masalah buta huruf.
Melihat masalah buta huruf, tidak boleh membaca dan ketinggalan dalam pelajaran yang semakin serius di kalangan masyarakat sejak 20 tahun lalu,
Kami di Read Hero sangat komited & telah memulakan usaha menyusun & merangka program literasi (membaca) yang mampu memberikan impak yang tinggi.
Keberkesanan yang menyeluruh menjadi salah satu keutamaan kami dalam menyediakan teknik & modul belajar membaca untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun bagi memastikan kadar buta huruf di negara kita berjaya diturunkan jika tidak dapat dihapuskan.
Sejak tahun 1997, kami berjaya membantu hampir 17,000 pelajar berumur 4-12 tahun untuk lancar membaca tanpa mengeja dalam tempoh sepantas 3 bulan.
Pengalaman 23 tahun mengendalikan 8 cawangan kelas belajar membaca (fizikal) di sekitar Lembah Klang menjadikan kami pilihan utama bagi pelajar-pelajar yang lemah skil membaca.
Kini, kami menyediakan Kelas Membaca Online dibawah jenama “READ HERO”.
Dengan teknik READ HERO yang diperkemas bagi meningkatkan pemahaman serta penerimaan pelajar.
Modul pengajaran secara online yang direka khas bagi memaksimakan tahap fokus serta penerimaan pelajar.
Sistem pembelajaran yang kami amalkan juga bersesuaian dengan pembelajaran norma baharu